KAJANG & SEMENYIH

Mesin basuh buat hal?Pakdo boleh bantu.

Kami periksa dulu. Anda setuju dengan harga, baru kami baiki.

Mesin basuh muatan depan berwarna putih di bengkel Pakdo.
Dari bengkel Pakdo.
Periksa duluAnda setuju harga, baru kami baikiSemak status online
Poster cabutan bertuah November Pakdo dengan hadiah Philips PerfectCare Compact

NOVEMBER 2026

Cabutan bertuah Pakdo.

Philips PerfectCare Compact Steam Generator Iron · RM500

Tempoh: 1–30 November 2026, waktu Malaysia.

Cara sertai & syarat
Tempoh & kelayakan

Hadiah Philips bernilai RM500. Satu invois yang dibayar penuh untuk pembaikan yang sudah siap = satu penyertaan asas. Satu hadiah untuk peserta kedua-dua cawangan, tertakluk pada semakan kelayakan.

MULA DI SINI

Mesin ada masalah? Beritahu kami.

Beritahu kami masalah mesin anda untuk semakan. Borang ini tidak mengesahkan tempahan atau mengenakan caj secara automatik.

Tentang Pakdo
Pasukan Pakdo menerangkan kerja di ruang bengkel.
Dari bengkel Pakdo.

KENALI PAKDO

Kami terangkan dulu. Anda yang buat keputusan.

Kami periksa, baiki dan cuci mesin di Kajang & Semenyih. Anda setuju dengan kerja dan harganya dulu, baru kami mula baiki.

  • Periksa dulu
  • Anda setuju harga, baru kami baiki
  • Semak status online
Kenali Pakdo dan cara kami buat kerja
Bajet & masalah biasa

CONTOH BAJET

Nak tahu anggaran bajet?

Julat ini berdasarkan nilai keseluruhan bil kerja sebelum ini, bukan sebut harga untuk mesin anda.

Semak bajet

MASALAH YANG BIASA BERLAKU

Ada masalah dengan mesin basuh?

Pilih masalah mesin anda. Punca dan kos disahkan selepas pemeriksaan.

Dari pertanyaan sampai mesin siap

02 / CARA KAMI BEKERJA

Begini proses servis kami.

Prosesnya boleh berbeza mengikut keadaan mesin.

  1. 01
    Ilustrasi proses · bukan gambar pelanggan

    Ceritakan masalah

    Beritahu masalah mesin dan kawasan anda.

  2. 02
    Paip dan komponen dalaman mesin semasa dibuka di bengkel.
    Gambar pemeriksaan sebenar · daripada kerja yang berbeza

    Periksa mesin

    Cari punca masalah.

  3. 03
    Ilustrasi proses · bukan gambar pelanggan

    Semak harga

    Semak cadangan kerja, alat ganti dan caj.

  4. 04
    Ilustrasi proses · bukan gambar pelanggan

    Persetujuan anda

    Kami mula baiki selepas anda setuju dengan kerja dan sebut harga.

  5. 05
    Ilustrasi proses · bukan gambar pelanggan

    Mula baiki

    Kami ikut skop kerja yang telah dipersetujui.

  6. 06
    Ilustrasi proses · bukan gambar pelanggan

    Semak fungsi

    Kami semak fungsi mesin sebelum diserahkan.

  7. 07
    Ilustrasi proses · bukan gambar pelanggan

    Serah mesin

    Semak hasil kerja dan tip penjagaan.

Semak status servis

03 / MENJAGA KEPERCAYAAN ANDA

Semak status servis supaya anda tak tertanya-tanya.

Kami nak anda faham apa yang perlu dibaiki dan tahu perkembangan kerja sementara menunggu mesin siap.

Kami terangkan dulu

Kami terangkan cadangan kerja dan cajnya dulu. Anda pilih nak teruskan atau tidak.

Boleh semak status

Kami boleh kongsi pautan laporan untuk anda tengok status servis.

Gambar dan video kerja

Gambar dan video yang kami rekod boleh dilihat dalam laporan pelanggan, ikut peringkat kerja.

Kami jelaskan waranti

Kami terangkan tempoh waranti, apa yang dilindungi dan syaratnya mengikut jenis pembaikan atau alat ganti.

PPAKDO / CARE

Status servis

Perkembangan kerja

Periksa mesinCari punca masalah.
Semak hargaSemak cadangan kerja, alat ganti dan caj.
Mula baikiKami ikut skop kerja yang telah dipersetujui.
Mesin basuh dengan bahagian atas dan hadapan dibuka di bengkel.
Mesin basuh di ruang kerja.
Mesin pengering muatan depan di bengkel Pakdo.
Mesin pengering di bengkel.
Tengok gambar kerja sebenar

Gambar ini ialah contoh dari bengkel, bukan daripada rekod di atas. Buka pautan laporan peribadi untuk lihat gambar dan video servis anda.

CONTOH PAPARAN SAHAJA · BUKAN REKOD PELANGGAN

04 / CAWANGAN KAMI

Pakdo di Kajang dan Semenyih.

Pilih cawangan anda. Kami akan sahkan kawasan liputan dan jadual servis.

01 / Kajang

Kajang

Kajang Buka peta Kajang dan panduan arah
Lokasi & waktu operasi
Alamat
Belum tersedia
Waktu operasi
Isnin–Sabtu, 9 pagi–6 petang

Peta ini disediakan oleh Google Maps. Apabila peta dimuatkan, Google menerima maklumat sambungan anda mengikut dasar privasinya. Jika peta tidak muncul, gunakan butang navigasi.

02 / Semenyih

Semenyih

Semenyih Buka peta Semenyih dan panduan arah
Lokasi & waktu operasi
Alamat
Belum tersedia
Waktu operasi
Isnin–Sabtu, 9 pagi–6 petang

Peta ini disediakan oleh Google Maps. Apabila peta dimuatkan, Google menerima maklumat sambungan anda mengikut dasar privasinya. Jika peta tidak muncul, gunakan butang navigasi.

Waranti & syarat servis

POLISI SERVIS

Syarat yang jelas, sebelum anda bersetuju.

Ringkasan ini menerangkan syarat dan cara kerja sedia ada. Rujuk sebut harga mesin anda; ringkasan ini tidak menggantikan syarat yang telah dipersetujui.

Waranti mengikut jenis kerja

Tempoh waranti dalam sebut harga sedia ada ialah 1 atau 3 bulan. Sahkan tempoh untuk mesin anda pada sebut harga. Waranti hanya meliputi kerja pembaikan dan komponen yang diganti, tertakluk pada pemeriksaan serta syarat sebut harga.

Sebut harga dan persetujuan

Tempoh sah standard sebut harga ialah 14 hari. Rujuk tarikh sah pada dokumen anda. Pembaikan hanya diteruskan selepas anda bersetuju. Sebarang tambahan caj atau kerja perlu mendapat persetujuan anda semula.

Pemeriksaan dan bayaran

Kami semak kualiti kerja sebelum menyerahkan mesin. Resit dikeluarkan selepas bayaran disahkan. Jika ada masalah selepas pembaikan, hubungi cawangan asal untuk semakan waranti. Kelulusan waranti tidak diberikan secara automatik.

Sahkan kawasan liputan, caj pengangkutan dan waktu operasi cuti umum terus dengan cawangan.

05 / SOALAN BIASA

Soalan biasa

Berapa caj periksa dan baiki?

Caj bergantung pada jenis mesin, punca masalah dan kerja yang diperlukan. Semak caj pemeriksaan dengan kami dulu. Selepas pemeriksaan, kami beri sebut harga dan hanya mula baiki selepas anda bersetuju.

Berapa lama nak siap?

Tempoh siap bergantung pada kerosakan, alat ganti yang tersedia dan jadual kerja. Selepas periksa mesin, kami akan beritahu anggaran masa.

Ada waranti tak?

Waranti ikut jenis kerja dan alat ganti yang digunakan. Kami terangkan tempoh, perlindungan dan syaratnya sebelum anda setuju untuk baiki.

Boleh ambil dan hantar mesin?

Pengambilan dan penghantaran bergantung pada kawasan dan jadual kami. Hubungi cawangan untuk semak sama ada pengangkutan boleh diatur dan berapa cajnya.

Macam mana nak semak status servis?

Kami boleh kongsi pautan laporan supaya anda boleh semak status kerja serta gambar dan video yang kami rekod. Pautan ini peribadi, jadi jangan kongsikan kepada umum.

Macam mana nak tempah dan bayar?

Hubungi cawangan melalui WhatsApp atau isi borang pemeriksaan. Pertanyaan atau borang yang dihantar belum mengesahkan tempahan, janji temu atau caj. Kami akan bincang dan sahkan semuanya dengan anda dulu. Untuk servis yang telah dibuat, rujuk invois rasmi dan kaedah bayaran yang disahkan.

HUBUNGI PAKDO

Ada soalan? Tanya kami.

Isnin–Sabtu, 9 pagi–6 petang. Pilih cawangan di bawah.

WhatsApp rasmi cawangan

Hubungi cawangan melalui WhatsApp untuk sahkan slot dan caj.

Tip & bantuan

TIP JAGA MESIN

Penjagaan mesin yang baik bermula dari rumah.

Tip ringkas untuk guna mesin dengan selamat setiap hari. Ikut manual mesin anda. Jangan buka bahagian dalaman atau baiki sambungan elektrik sendiri.

Penjagaan harian

Cara jaga kebersihan mesin ikut panduan pengilang.

Lihat butiran

Detergen dan muatan

Guna sukatan detergen dan jumlah pakaian yang sesuai. Lebih banyak tak semestinya lebih bersih.

Lihat butiran

Bila perlu berhenti guna mesin?

Kenali tanda anda perlu berhenti guna mesin dan bila perlu dapatkan bantuan.

Lihat butiran

Ulasan pelanggan

Kami akan tambah ulasan dan pautan Google Reviews selepas memastikan ulasan itu sahih dan kebenaran yang diperlukan sudah diperoleh. Kami hanya memaparkan penilaian sebenar.

Dah guna servis Pakdo?

Buka pautan laporan peribadi yang kami kongsi untuk tengok status, gambar dan video servis anda. Tak perlu masukkan kod atau pasang aplikasi.

Macam mana nak buka laporan?

Nak kami periksa mesin?

Beritahu kami masalah mesin anda untuk semakan. Borang ini tidak mengesahkan tempahan atau mengenakan caj secara automatik.

Nak kami periksa mesin?
Nak kami periksa mesin?